Kereta Sewa 4x4 HILUX oleh Admin Kereta Sewa

 Kereta Sewa 4x4



Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...
 
Kami menyediakan perkhidmatan Kereta Sewa 4x4/4wd dari jenis Toyota Hilux, Ford Ranger dan Nissan Triton. Kenderaan kami dalam keadaan bersih, ada yang baru dan dijaga dengan baik. Boleh digunakan untuk jalan jauh dan offroad selain itu kami mempunyai dua jenis 4x4 transmisi auto dan manual untuk pilihan. Kami menerima penyewaan bagi kegunaan persendirian dan syarikat. Kereta Sewa 4wd boleh disewa secara harian, mingguan dan bulanan.

Kadar sewaan kenderaan kami seperti dibawah:

Kereta sewa 4x4 Hilux/ Ranger/Triton
RM 400.00/ 1 hari
RM 1050.00/ 3 hari
RM 2200.00/ 1 Minggu
RM 5000.00/ 1 Bulan

Untuk penghantaran kami kenakan caj yang minima bergantung kepada lokasi. Bagi setiap tempahan awal tambahan DISKAUN akan diberikan.

Setiap penyewa WAJIB menyediakan dokumen seperti berikut:
1. Salinan IC/ Passport
2. Salinan Lesen
3. Salinan Bil Air/Api/Astro/Streamyx/HP
4. Salinan IC Penjamin
5. Bisnes kad/ SSM bagi syarikat

Sebarang tempahan/ pertanyaan sila hubungi/sms/whatssap/telegram Mat- 019 3873125.

Lokasi Pejabat Adalah Di Jalan Pusara Aman, Kampung Melayu Subang Sek U6 Shah Alam.
Waktu Operasi 9.00am - 10.00pm

Syarat-syarat:
1. Hanya penyewa yang boleh mengambil kereta sewa tidak dibenarkan wakil kepada pihak ke-3.
2. Dokumen perlu lengkap untuk proses penyewaan.
3. Bayaran penuh tunai sewa dan deposit semasa mengambil kereta sewa.
4. Tidak boleh digunakan untuk melakukan jenayah.
5. Segala saman sewaktu penyewa membawa kereta ditanggung oleh penyewa.
6. Jika berlaku kemalangan sewaktu menyewa, kos terlibat akan ditanggung oleh penyewa.
7. Semasa dalam sewaan, kereta adalah dalam tanggungjawab penyewa.

Sekali lagi untuk penyewaan boleh hubungi Mat-019 3873125

kereta sewa hilux
sewa kereta hilux

Kereta Sewa MPV Exora dari Admin Kereta Sewa


Kereta Sewa MPV Exora

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Kami menyediakan perkhidmatan Kereta Sewa MPV Exora bold. Proton exora bold ini mempunyai 7 tempat duduk dan sesuai untuk digunakan oleh keluarga besar. Selain itu ia mempunyai transmisi auto dan sangat selase untuk kegunaan perjalanan jauh. Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan ABS di bahagian driver seat dan penumpang depan. Selain itu ia juga dilengkapi dengan air cond depan dan belakang, mempunyai auto Power Window memudahkan untuk pembayaran tol.





Kereta Sewa

Kebiasaan penyewa yang akan sewa Kereta Sewa Exora ialah untuk kegunaan balik kampung bersama keluarga, Pool kereta beramai-ramai untuk ke majlis perkahwinan atau bercuti ke pulau. Selain itu ia juga digunakan untuk membawa pelancong untuk tour di Kuala Lumpur dan Selangor. Diwaktu musim perayaan juga kereta mpv ini antara yang popular untuk disewa oleh para penyewa untuk balik kampung menyambut hari raya.

Kereta Sewa kami beroperasi di kampung melayu subang. Untuk penyewaan di lain2 kawasan sekitar shah alam, kota damansara, subang, sungai buloh, petaling jaya, damansara dan lain2 tempat boleh menghubungi kami untuk mengetahuai caj penghantarannya.  Harga penyewaan boleh rujuk dibawah

Harga Kereta Sewa MPV Exora:
1 hari RM250.00
3 hari RM650.00
7 hari RM1400.00
1 Bulan RM3000.00


Boleh hubungi Mat untuk booking atau diskaun: +6019-3873125
Boleh hubungi Mat untuk booking atau diskaun: +6019-3873125

Kereta Sewa Exora

Van Sewa Nissan Urvan, Toyota Hiace oleh Admin Kereta Sewa


Sewa Van



Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera...

Kami menyediakan perkhidmatan Sewa Van dari jenis Nissan Urvan 3.0, Toyota Hiace, Kia Pregio dan Era Komuter. Van Sewa kami disewakan dengan harga yang berpatutan dengan kadar harga yang murah. Van sewa Hiace kami juga dalam keadaan yang baik seperti baru, bersih, mempunyai air cond dan transmisi manual. 

Van Sewa Urvan kami juga mempunyai 14 tempat duduk termasuk pemandu, selain itu Hiace Sewa kami pula mempunyai 11 tempat duduk termasuk pemandu. Sesuai digunakan untuk membawa ahli keluarga atau kawan-kawan pergi berjalan, pulang ke kampung atau ke majlis kahwin dengan ramai tanpa perlu menggunakan banyak kereta.

Van Sewa kami semua mengunakan minyak diesel dan boleh digunakan untuk jalan jauh. Tempat yang ditujui biasaanya ke perlis, kelantan, terengganu dan lain2 tempat lagi. Sila hubungi Mat 019-3873125 untuk tempahan, pastikan tuan dan puan membuat tempahan awal bagi mengelakkan van habis ditempah.

Harga Van Sewa kami seperti dibawah:
Van Sewa Urvan/Hiace-
RM 350.00 1Hari
RM 1000.00 3Hari
RM 1800.00 1Minggu
RM 5000.00 1Bulan


Lokasi kedai kami di Kampung Melayu Subang sek U6 Shah Alam. Kami boleh membuat penghantaran ke Sungai buloh, Damansara, Petaling Jaya, Klang, KL dan kawasan sekitar Selangor dengan caj yang minima. Sekali lagi boleh hubungi 

Mat 019-3873125 call/sms/whatssap/telegram.
Mat 019-3873125 call/sms/whatssap/telegram


van sewa urvan

sewa van hiace



Ucapan Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Shah Alam

kereta sewa

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015/ 1436 HIJRAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

Kami dari SOC Kereta Sewa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam. Sempena di bulan baik ini kita dapat memaafkan antara satu sama lain. Jikalau pihak kami ada berbuat sebarang salah dan silap harap dimaafkan sama ada secara sengaja atau tidak.

Disamping itu sempena Hari Raya kali ini kepada para penyewa kami yang budiman. Kami akan memberikan sampul duit raya sebagai tanda penghargaan sempena sewaan untuk raya kali ini.

Jadi sempena Hari Raya kali ini seperti biasa kami membuat package sewaan minimum selama satu minggu. Kerana sempena raya ni ofis kami tutup selama satu minggu.

Diharap para penyewa semua berpuas hati dengan perkhidmatan kami dan selamat pulang dan kembali dari kampung. Pandu berhati-hati dihari raya ingatlah orang tersayang hehe..



Perlukan kereta sewa...

Hubungi kami di talian (Call/SMS/Whatsap/Telegram):
 - Mat 019-3873125 -

Promosi Kereta Sewa Sempena Bulan Ramadhan By Kereta Sewa

Promosi Kereta Sewa bulan puasa.

Sempena bulan puasa yang akan menjelma tidak berapa hari lagi, kami akan memberikan anda promosi yang terbest sepanjang bulan puasa ini.

Memerlukan Kereta Sewa untuk mencari baju raya, juadah berbuka puasa atau pulang berbuka puasa dikampung anda boleh hubungi kami dan nyatakan promosi 30% dengan minimum sewaan 2 hari. Sila booking awal bagi mengelakkan anda tidak dapat menyewa kereta. Promosi ini hanya sah dari 1 hingga 21 ramadhan 1436/ 18 Jun hingga 8 July 2015.


Khidmat penghantaran juga disediakan dengan caj yang minimum bergantung kepada lokasi Tuan/Puan. Harga boleh dirujuk pada flyer dibawah.



Kereta Sewa
Promosi Kereta Sewa
Hubungi kami di talian (Call/SMS/Whatsap/Telegram):
019-3873125

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Subang Bestari By Kereta Sewa Subang Bestari

Kereta Sewa Subang Suria
Kereta Sewa Subang Suria

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada pengunjung laman web kereta sewa.

Khidmat Kereta Sewa kami telah beroperasi dan membuat penghantaran di Subang Perdana, Subang Bestari, Subang Suria, Bandar Pinggiran Subang dan kawasan sekitarnya. Tempat kami juga berdekatan dengan help universiti dimana kereta boleh disewa oleh para pelajar.


Kereta Sewa Subang Perdana Murah
Kereta Sewa Subang Perdana

Antara kereta sewa popular yang kami sediakan seperti:
1. Kereta Sewa Viva Elite
2. Kereta Sewa Myvi Ezi
3. Kereta Sewa MPV Alza
4. Kereta Sewa MPV Exora

Selain itu kami juga ada menyediakan Kereta Sewa Sedan dari jenama Toyota, Honda dan Nissan. Jika memerlukan Van Sewa juga kami ada menyediakan Van jenis Nissan Urvan, Toyota Hiace, Jimbei Era Komuter dan lain-lain. Hubungi kami segera untuk menyewa kami akan beri harga ekonomi kepada anda


Kereta Sewa Subang Bestari
Kereta Sewa Subang Bestari

Sila hubungi kami, untuk keterangan lanjut.. Call/Sms/whatsapp/telegram detail

1. Nama Penuh
2. I/C Nombor
3. Alamat
4. Tarikh & Masa Sewa
5. Tempoh Sewa


019 387 3125 Mat Kereta Sewa Subang Bestari



Menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa di Kelana Jaya By Kereta Sewa Kelana Jaya

Kereta Sewa Kelana Jaya

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....

Kami telah mula beroperasi di kelana jaya, pelanggan pertama Kereta Sewa Kelana Jaya kami ialah seorang polis yang berkhidmat di balai polis kelana jaya. Alhamdullilah beliau telah menyewa kereta sewa myvi untuk sewaan kali ini.

Setelah menghantar kereta sewa di kelana jaya atau shortform KJ, kami pusing-pusing di kawasan Giant Kelana Jaya. Rupanya banyak kedai makan yang menarik disini. Antaranya kedai makan nasi lemak cikgu, ikan bakar fendi, kedai mamak, kedai makanan nasi padang, western, chinese food dan macam- macam lagi. Rasenya kalu nak try semua mau memboyot perut makan kat situ tapi semua kedai makan di situ memang sedap.

Di kelana jaya juga terdapat perkhidmatan train, yang paling hampir ialah stesen lrt kelana jaya atau kj. Selain itu kelana jaya ni paling dekat dengan highway LDP atau nama penuhnya lebuhraya damansara puchong, boleh tahan jem juga kalu peak hour. Kawasan terdekat di situ antaranya lembah subang, ss2 dan banyak lagi.

Antara ipts yang ada di kelana jaya ialah Unitar, banyak juga pelajar nya. Jadi boleh la pelajar2 unitar menghubungi kami untuk sewa kereta pasti ada harga yang murah untuk anda. Mall yang terdekat pastinya paradigm mall yang baru siap pada tahun 2014 sekali dengan pembukaannya. 

Jadi pastikan anda menghubungi kami kereta sewa kelana jaya atau Kereta Sewa KJ untuk menyewa kereta kami akan bagi harga terbaik untuk anda.

Kereta Sewa Kelana Jaya 
-019-3873125- Mat 


Kereta Sewa KJ

- Taman Kelana Jaya
- Bandar Kelana Jaya
- Taman Universiti
- Taman Megah
- Taman Mayang
- Taman Mayang Jaya
- Dataran Prima
- Aman Suria
- Kelana Idaman